Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kekuatan ekonomi dan kestabilan politik di Sarawak dilihat menjadi faktor utama mendorong kerajaan untuk menyalurkan peruntukan yang besar kepada Sarawak. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Tumpuan kepada Sarawak, Sabah selaras semangat Malaysia Madani

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 11 Sept: Tumpuan Kerajaan Persekutuan kepada pembangunan di Sarawak dan Sabah menerusi projek baharu pada tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) memperlihatkan kesungguhan mengotakan janji untuk memajukan kedua-dua wilayah ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menunjukkan kerajaan mahu merapatkan jurang sosioekonomi di Sarawak dan Sabah selaras dengan semangat Malaysia Madani.

Kata beliau, langkah itu wajar berikutan dua wilayah di Malaysia Timur ini masih ketinggalan terutama dalam infrastruktur seperti jalan raya, air dan pendidikan.

“Kita lihat perhatian serta tumpuan yang lebih telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak, ini sepatutnya berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

RMK12: Pembangunan Sabah, Sarawak terus diberi tumpuan – Anwar

Beliau mengulas kenyataan Anwar di Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak melalui pelbagai projek dan inisiatif baharu pada tempoh akhir RMK12.

Mengulas lanjut, Dr Dzul berkata, pengumuman Perdana Menteri itu merupakan khabar gembira kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana ia memberi tumpuan kepada sektor berkepentingan iaitu pendidikan, keselamatan dan infrastruktur jalan raya.

Dalam pada itu, Dr Dzul berkata, faktor kekuatan ekonomi dan kestabilan politik di Sarawak dilihat menjadi faktor utama yang mendorong kerajaan untuk terus menyalurkan peruntukan yang besar.

“Saya berpandangan bahawa kekuatan ekonomi Sarawak adalah faktor utama yang mendorong kepada banyaknya tindakan proaktif daripada Putrajaya dalam menyalurkan peruntukan pembangunan serta merangka dasar yang khusus dalam membangunkan dan memajukan Sarawak.

“Kestabilan serta perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak perlu diperkukuhkan dan dipertahankan agar kita mempunyai kekuatan politik dalam mengembalikan hak Sarawak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan