Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan ketika ditemui TVS di Kuala Lumpur. Foto: TVS

Pereka fesyen Sarawak digalak teroka pasaran antarabangsa

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan menyeru pereka fesyen tempatan agar meneroka industri berkenaan dengan mengetengahkan kreativiti masing-masing.

Menurutnya, industri fesyen mampu menjana pendapatan yang tinggi.

“Kalau kita ikut statistik, di Malaysia, industri fesyen mampu menjana USD 2.2 bilion. Di seluruh Asia pula, USD 376 billion dan pasaran ini meningkat pada masa ke semasa,” katanya kepada TVS di sini, pada Ahad.

Snowdan turut menambah bahawa kejayaan dua pereka fesyen dari Sarawak bukan sahaja telah mengangkat nama Sarawak, malah menjadi contoh terbaik kepada pereka fesyen tempatan yang ingin meneroka lebih dalam bidang ini.

“Von Jolly Couture adalah sebuah idea dihasilkan oleh anak Sarawak kita, terkenal dalam penghasilan Songket Sarawak kita ke mata dunia.

“Oleh itu, saya berharap ramai lagi pereka fesyen tempatan  mengambil kesempatan industri yang berpotensi ini, sambil mengambil contoh pereka fesyen veteran kita.

“Kita tidak tahu mungkin Pua Kumbu akan jadi sebuah reka yang diambil agensi permodelan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, kementeriannya menggalakkan pembabitan pemain industri tempatan yang mampu meletakkan Sarawak sebagai hab fesyen antarabangsa.

“Saya turut hadir di Menara Kuala Lumpur sempena Tower Fashion Eleganza Kuala Lumpur (TFEKL 2023) malam tadi (Sabtu) dan beberapa pihak telah mencadangkan untuk membawa acara sebegini di Sarawak,” ujarnya.

TFEKL 2023 menghimpunkan 15 pereka fesyen terbaik Malaysia dan dianjurkan di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.

Acara ini telah mencipta rekod tersendiri dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pertunjukan fesyen tertinggi di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan