Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berucap pada Pesta Keramaian Bersama Rakyat di Pantai Bungai, Bekenu sempena Kembara Kenali Borneo, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Agong mahu rakyat hidup harmoni, bersatu hati

MIRI, 10 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini meminta rakyat supaya menjalani kehidupan secara harmoni dan bersatu hati antara satu sama lain.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sebelum berkenan berangkat meninggalkan Pesta Keramaian Bersama Rakyat di Pantai Bungai, Bekenu, di sini, sempena Kembara Kenali Borneo.

Tak sempat bersarapan, teruja sambut keberangkatan tiba Agong dan Permaisuri

“Duduk baik-baik, aman damai dan harmoni semuanya. Kena sokong kerajaan atas (pentas) ini, senang hendak buat pembangunan dan kemajuan.

“Saya tak mahu cakap politik. Saya hanya mahu cakap tentang kasih sayang sahaja. Saya Agong untuk rakyat Sabah dan Sarawak dan semua. Perlu bersatu hati, bersatu padu,” titah Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada pesta keramaian yang dianjurkan sempena Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari kelapan, hari ini.

Berangkat sama ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan paduka anakanda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan