Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo (tengah) mempengerusikan Sadong Coastal Road Run, di Pusat Khidmat, Sadong Jaya. Foto: TVS.

Sadong Coastal Road Run tawar hadiah keseluruhan RM11,900

SADONG JAYA, 9 Sept: Penganjuran Sadong Coastal Road Run pada 14 Oktober ini menjadi platform terbaik untuk mempromosikan kawasan ini serta menguji kemudahan laluan jalan pesisir di sini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Ir Aidel Lariwoo berkata, acara itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu 10 kilometer (km), lima km dan tiga km dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.

Kata beliau, acara yang kali pertama diadakan itu penting untuk menguji laluan baharu yang disediakan oleh kerajaan.

“Sekiranya sambutannya baik, (sudah tentu) kita akan menjadikannya sebagai acara tahunan,” katanya pada sidang media acara itu di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Aidel yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya berkata, hadiah keseluruhan bernilai RM11,900 ditawar kepada pemenang.

“Bagi kategori 10 km lelaki dan wanita terbuka kepada individu yang berumur 13 tahun dan ke atas, juara bakal membawa pulang wang tunai RM800 manakala naib juara RM600 dan ketiga sebanyak RM500,” katanya.

Aidel berkata, pelepasan akan bermula seawal 6.30 pagi bagi kategori larian sejauh 10 km, 7 pagi bagi kategori 5 km dan 7.30 pagi bagi kategori 3 km. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan