Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo meninjau Masjid Darul iman, Sadong Jaya. Foto: TVS.

Masjid Darul Iman, Sadong Jaya dapat digunakan bulan hadapan

SADONG JAYA, 9 Sept: Masjid Darul Iman yang berupaya memuatkan sehingga 1,500 jemaah dijangka akan dapat digunakan pada hujung Oktober depan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo berkata, masjid berkenaan yang mengambil konsep pembinaan di Timur Tengah kini dalam proses menyiapkan reka bentuk dalaman.

Kata beliau, barangan yang diperlukan untuk menyiapkan reka bentuk itu kini sedang disiapkan di kilang dan dijangka akan tiba pada akhir bulan ini.

“Secara keseluruhannya, pembinaan masjid ini sudah siap cuma kita masih menunggu proses reka bentuk dalamannya sahaja sebelum ia dapat digunakan pada penghujung bulan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media Sadong Coastal Road Run, di Pusat Khidmat, Sadong Jaya, di sini hari ini.

Aidel berkata, masjid itu mempunyai empat menara yang dibina secara bersambung dengan ruang utama.

“Tujuan pembinaan menara ini ialah kerana kita mahu meletakkan pembesar suara bagi seruan azan yang lebih jelas selain dua daripadanya digunakan sebagai tempat mengambil wuduk. Jika dibina berasingan, menara itu tidak akan memenuhi tujuannya,” katanya.

Selain ruang solat utama, Masjid Darul Iman juga dilengkapi dengan bilik aktiviti dan mesyuarat di bahagian kiri dan kanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan