Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Foto fail: Dr Zaliha Mustafa (FB)

Belanjawan 2024: KKM teruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Sept: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara melalui Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan Oktober ini bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat di samping menjana perkembangan ekonomi negara.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan hari ini berkata semua input yang diterima pada sesi Dialog Belanjawan 2024 KKM semalam akan dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2024.

Beliau berkata dialog berkenaan melibatkan 96 pemegang taruh daripada pelbagai sektor industri seperti perkhidmatan sokongan hospital, farmaseutikal, teknologi maklumat dan peranti perubatan.

“Penganjuran dialog ini merupakan usaha kerajaan dalam merangka Belanjawan 2024 yang bersifat inklusif dan mampan, selari dengan prinsip-prinsip diutarakan Ekonomi MADANI,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan