Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Strategik Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO, Karen Shepherd ketika ditemu bual secara eksklusif di Hotel Telang Usan Kuching, hari ini. Foto: TVS.

Pakej Pelancongan Gastronomi oleh UCCN, letak Sarawak dalam peta dunia

Kuching, 8 Sept: Pakej Pelancongan Gastronomi diyakini mengekalkan Kuching sebagai Bandar Gastronomi sekali gus meletakkan Sarawak dalam peta dunia sebagai tempat wajib untuk dilawati.

Inisiatif yang diperkenalkan Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) menurut Pengarah Strategik Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO, Karen Shepherd dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sarawak.

Karen menambah pelbagai program seperti penganjuran Program Kapasiti bagi meningkatkan skala dalam bidang kesihatan, kebersihan, termasuklah sektor perkhidmatan dan penghantaran turut diadakan.

“Salah satu projek yang akan kita lakukan adalah untuk mengeluarkan siri jelajah ke tempat-tempat penghasilan produk warisan yang terkenal.

“Pakej ini diadakan supaya ramai boleh melihat dan belajar bagaimana sagu dikeluar dan dikumpulkan dan melihat proses penyediaan gula apong.

“Malah, kita juga akan berjumpa dengan setiap golongan dalam rantaian makanan kita untuk mengetahui bagaimana sesuatu makanan etnik itu dihasilkan.

“Selain itu, terdapat festival dan konferens berkenaan gastronomi sedang berlangsung,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama TVS di Hotel Telang Usan, Kuching, di sini hari ini.

Tambah Karen, dalam memastikan lebih banyak penyertaan dalam bidang gastronomi, kempen kesedaran dengan pelbagai pihak harus diadakan dengan lebih menyeluruh dan efektif.

“Secara harfiah, kempen kesedaran yang diadakan sudah cukup bagus dan kita sudah mempunyai infrastruktur dan strategi yang cukup mantap.

“Sebagai contoh, TVS sudah melakukan yang terbaik dalam mempromosikan bandar gastronomi dalam program-program TV.

“Untuk perancangan akan datang, apa yang ingin saya lakukan bagi menarik lebih ramai pihak menyertai aktiviti seperti ini adalah dengan mengadakan kerjasama rapat dengan orang yang berbakat seperti Vlogger, Videografer, Produser TV dan pakar pemasaran dan komuniti dalam sektor gastronomi,” ujarnya.

Terdahulu, Bandaraya Kuching telah melakar sejarah apabila menjadi salah satu daripada 48 pusat yang mempunyai bandar Kreatif Gastronomi di dunia.

Selain itu, baru-baru ini, Bandaraya Kuching sekali lagi telah merangkul anugerah Gourmand World Cookbook Awards 2022 di Paris.

Laporan naratif yang ditulis oleh Karen dan direka oleh Marian Chin dari majalah KINO berkisarkan kepada makanan, sejarah dan budaya makanan di Sarawak.

Kuching antara 215 pemenang dari seluruh dunia yang bertanding dan sijil akan disampaikan dalam satu majlis pada tahun ini di Paris, Perancis.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan