Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah tiba di Lawas, bandar paling utara di Sarawak, hari ini (7 Sept).

Ketibaan Agong, Permaisuri pada 9 Sept, amat dinanti-nantikan warga Miri

MIRI, 7 Sept: Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Miri pada 9 September ini sempena Kembara Kenali Borneo amat dinanti-nantikan rakyat di sini, kata Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang.

Rombongan Seri Paduka berdua menurut Adam dijangka perkenan untuk singgah di Pusat Kraftangan Miri, Coco Cabana di Marina Bay dan Kampung Pengkalan Lutong.

Kembara Kenali Borneo di Miri bermula 9 September ini. Foto: Majlis Bandaraya Miri (MBM)

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kesediaan baginda mendekati rakyat di Sarawak dan Miri khususnya sepanjang jelajah yang meliputi sebahagian besar Sarawak bermula dari wilayah utara menuju ke wilayah selatan Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Adam menyifatkan Kembara Kenali Borneo yang melalui Bandaraya Miri sebagai peluang keemasan untuk rakyat di sini bersemuka dengan Seri Paduka berdua.

“Pada Hari Kebangsaan 2023 iaitu 31 Ogos lepas, baginda telah bertemu dengan rakyat terdiri daripada murid-murid sekolah, rakyat pelbagai kaum dan lain-lain yang telah menyertai sambutan tersebut.

“Kehadiran Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke Borneo pasti mencipta kenangan indah dan sangat menyentuh hati semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Adam menyeru pemilik premis perniagaan serta warga Miri untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan