Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyampaikan sijil Kelas Pendidikan Literasi Dewasa kepada penduduk pada Majlis Penutupan Kursus Literasi Dewasa di Rumah Rantie Bukit Tinggi, Sungai Strass, Bintangor, hari ini. Foto: TVS

Program LEADS tingkat taraf pendidikan penduduk tanpa mengira batas usia – Kuong Hiing

BINTANGOR, 7 Sept: Kelas Pendidikan Literasi Dewasa (LEADS) yang disediakan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan platform penting untuk meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, usaha tersebut membuktikan usaha kerajaan yang berhasrat agar setiap rakyat memperoleh pendidikan yang sewajarnya tanpa mengira sempadan dan batas usia.

“Program ini telah membawa satu kejayaan besar dalam pembangunan minda dan kualiti masyarakat luar bandar ke arah tahap yang berdaya saing dan maju.

“Saya mengharapkan agar usaha seumpama ini dapat diteruskan dan diperkasakan lagi pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada KEMAS Sarikei kerana telah membantu masyarakat dalam usaha seperti ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Literasi Dewasa di Rumah Rantie Bukit Tinggi, Sungai Strass, Bintangor pada hari ini.

Program LEADS ini berlangsung 12 minggu bermula Mei itu disertai seramai 21 orang peserta yang berjaya menamatkan pengajian kelas dewasa secara tidak formal dengan jayanya.

Tambahnya, beliau akan terus menyokong penganjuran program berkenaan di samping berharap KEMAS membuka lebih banyak kelas buta huruf di Meradong pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan