Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Setiausaha Eksekutif Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC), Dame Christiana Figueres menyampaikan ucapan khas pada Forum Tenaga Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF) edisi ketiga, hari ini.

Sarawak sebagai contoh dalam pelaksanaan sumber asli di persada dunia

ByRegina Lee

KUCHING, 6 Sept: Inisiatif Sarawak dalam pelaksanaan penggunaan sumber asli dilihat mampu menjadi contoh kepada seluruh dunia.

Bekas Setiausaha Eksekutif Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC), Dame Christiana Figueres menyifatkan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai sumbangan kepada sejarah global.

“Seluruh dunia tidak menggunakan sumber semula jadi seperti di Sarawak, dan ia juga tidak dipimpin seperti di bawah kepimpinan politik Sarawak.

“Dunia memerlukan contoh yang boleh mereka sanjungi kerana sebagai manusia, kita memegang pena sejarah.

“Kita menentukan apa yang akan berlaku, bukan hanya untuk generasi akan datang, tetapi sekurang-kurangnya tujuh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas dalam acara Forum Tenaga Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF) edisi ketiga, hari ini.

Tegasnya, ia merupakan tanggungjawab besar yang dipikul bersama oleh semua pihak dalam melaksanakan inisiatif itu.

Pada masa sama, ujar beliau, negara maju tidak patut memandang rendah terhadap apa yang dilakukan negara membangun pada masa silam dalam penggunaan tenaga tidak boleh diperbaharui atas dasar kekangan kos.

Panel itu menampilkan pemimpin industri utama – Pengerusi SAREF 3.0 dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili, Pengarah Eksekutif di Pusat Tenaga ASEAN, Dr Nuki Agya Utama dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan