Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu. Foto: Bernama

Suami isteri didakwa edar 51kg ganja

ByBernama

SUNGAI PETANI, 6 Sept: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu.

Saiful Syamil Idris, 32, yang bekerja sebagai pemandu forklif dan isterinya, Nurul Wahida Mohd Adnan, 32, yang merupakan suri rumah hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan itu bersama-sama dengan tanpa kebenaran telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis (ganja) seberat 768 gram pada lebih kurang 12.30 tengah malam, 28 Ogos lepas, di sebuah rumah di Bandar Seri Astana di sini.

Bagi pertuduhan kedua, mereka bersama-sama dengan tanpa kebenaran didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 50.866 kilogram pada tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 kali sebatan.

Mahkamah menetapkan 6 Dis tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Preeya Singaravelu manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-