KUCHING, 6 Sept: Episod keempat, program Crocodile Byte bakal memikat penonton dengan meraikan intipati inovasi, aspirasi dan strategik pelaburan daripada pengalaman usahawan tempatan.
Program realiti TV terbitan TVS itu menampilkan beberapa panel jemputan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Australia, Azfar Zubri Safri, Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Konsortium Bumi, Dato Ir. Janang, Pengasas Cerdik iCube, Dato Patrick Liew dan Ehon Chan dari Ehon Chan Consulting.
Program yang dijayakan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SDEC) dan Sarawak Digital itu juga akan mengenegahkan pengasas Timogah.com dan Airgro yang akan memberi tumpuan kepada keusahawan dunia sebenar dan penyelesaian masalah.
“Encik Heineken adalah seorang pemilik kepada Timongah.com, telah mempelopori dunia digital dengan mencipta sebuah platform pasaran dalam talian di mana pelanggan boleh mengakses pelbagai produk termasuk hasil tani dan perusahaan tempatan.
“Sementara itu, Airgro sedang melancarkan sistem aeroponik dalaman dan penyerakan awam elektrik yang memfokuskan kepada teknologi pertanian pintar,” menurut kenyataan TVS hari ini.
Program Crocodile Byte terbitan TVS akan disiarkan setiap Isnin jam 8:45 malam di saluran TVS 122 Astro dan MYTV. – TVS