Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam majlis 'Temu Anwar' yang julung kali diadakan di luar negara,iaitu Jakarta, Indonesia. Foto: David Andreas (TVS)

Isu TKI: Berpuluh ribu sudah dihantar pulang – PM Anwar

JAKARTA, 6 Sept: Malaysia serius menyelesaikan isu pengurusan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang berterusan berlaku iaitu sehingga kini puluhan ribu telah dihantar pulang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengumumkan perkara itu susulan daripada perbincangannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa lawatan terakhirnya ke Malaysia.

Menurut Anwar, pekerja TKI yang telah dihantar pulang oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan tanpa sebarang pertuduhan atau dibawa ke mahkamah.

“Mereka yang tertangkap, kita tanganin dengan baik meskipun tidak mempunyai dokumen, malah kita mempercepatkan proses dan menghantar mereka pulang ke Indonesia tanpa kita bawa kehadapan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Temu Anwar’ yang julung kali diadakan di luar negara iaitu di Jakarta, Indonesia.

Bagaimanapun, beliau  menggesa semua pekerja dari Indonesi yang ingin memasuki Malaysia perlu melalui prosedur sebenar.

Terdahulu, lebih 1,500 orang menghadiri majlis itu yang dihoskan bersama pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina serta Pemuzik Indonesia Ahmad Dhani.

Tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan rakan-rakan dari Indonesia teruja dengan program ‘Temu Anwar’ yang boleh mendekatkan mereka dengan Anwar. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan