KUCHING, 5 Sept: Sarawak berpotensi untuk mengetuai pembangunan lestari di Asia Tenggara serta disifatkan berada pada landasan yang tepat.
Pengarah Urusan UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin, meyakini Sarawak mampu mencapai matlamat pembangunan lestari berteraskan konsep hijau.
“Saya rasa dengan visi dan misi yang cukup kuat daripada YAB premier, saya rasa Sarawak akan pacu kehadapan daripada negeri-negeri yang lain dalam isu transisi hujau kepada bangunan hijau.
“Sarawak boleh menjadi mengetuai pembangunan hijau,” katanya.
Menurutnya visi dan misi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mentransformasikan Sarawak menjadi bandar pintar adalah melalui transisi bangunan lama kepada bangunan pintar.
“Permulaan kepada perubahan bandar pintar adalah kita mulakan dengan transisi tenaga dengan membina bangunan hijau melalui ‘Green Building Index.
“Kita akan tukar bangunan-bangunan lama kepada bangunan yang lebih pintar dengan menggunakan teknologi IoT.
“Sistem Asseto yang dibina oleh UEM Edgenta merupakan platform terbaru dimana setiap data sedia ada kita intergrasikan kepada sensor dan kita akan gunakan mesin untuk mengendali bangunan pintar tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas ditemu bual oleh TVS di Opus Consultant Jalan Rubber,Kuching pada Selasa.
Tambah Syahrunizam, dalam memastikan pembinaan bangunan hijau dapat mencapai objektif secara meluas terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira untuk membina bangunan Hijau mengikut Indeks Bangunan Hjau.
Ia termasuk kecekapan tenaga, katanya penyelesaian bandar pintar dan penggunaan teknologi canggih seperti IoT.
“Antara lain penggunaan elektrik kita akan target pengurangan sebanyak 30 peratus maknanya mungkin kita akan set suhu penghawa dingin lebih tinggi.
“Selain itu, kita kena tengok pengaliran udara, kemudahan lift dan tangga.
“Jadi banyak aspek ergonomik yang kita ada kita kira juga,” jelasnya.- TVS