Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan tapak pembinaan jambatan Projek Jambatan Sejingkat-Tanjung Bako bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Kerajaan siap siaga hadapi jerebu – Uggah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 5 September: Kerajaan Sarawak sedang meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani masalah jerebu serta memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya susulan pencemaran udara tahap tidak sihat di tiga kawasan di negeri ini.

Timbalan Premier selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini kerja-kerja pemantauan seluruh negeri oleh agensi berkaitan termasuklah penggunaan teknologi dron dan memberi amaran terhadap pihak yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka sedang giat dijalankan.

“Pihak JBPN telah meminta agensi yang bertanggungjawab seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengambil tindakan untuk memastikan bahawa tiada kebakaran terbuka sedang dijalankan.

“Kami juga meminta Jabatan Bomba bersama dengan APMM untuk bersedia dan sama-sama membantu memadamkan jika berlakunya kebakaran,” katanya kepada pemberita selepas lawatan tapak pembinaan jambatan Sejingkat-Tanjung Bako di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, langkah proaktif termasuk berdialog dengan pemilik tanah juga telah diambil di kawasan kerap pembakaran terbuka khususnya di Kuala Baram, Miri bagi mencegah pencemaran udara terus berlaku.

“JAS dan NREB akan menggunakan dron untuk memantau kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang sangat rata. Jika terdapat asap yang keluar, itu bermakna ada kebakaran dan tindakan tegas perlu diambil dengan segera.

“Selain itu, kami juga akan menjalankan dialog dengan pemilik tanah di kawasan Kuala Baram supaya mereka dapat memberi jaminan bahawa mereka akan bekerjasama dengan kami untuk mengawal melakukan pembakaran secara terbuka,” katanya lagi.

Pada pagi isnin, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan tahap tidak sihat di Sri Aman (154), Serian (131) dan Kuching (128).

Namun situasi bertambah baik pada tengah hari Selasa di mana IPU Sri Aman telah menurun kepada 97 sekali gus berada di tahap baik, manakala Serian dan Kuching kekal tidak sihat dengan IPU 152. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan