Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bahawa bekalan dan harga beras putih import (BPI) di Malaysia adalah terkawal dan mencukupi bagi keperluan rakyat negara ini. Foto hiasan Envato.

Transformasikan struktur pasaran beras kawal kenaikan harga – Pakar

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Sep: Kerajaan disaran agar mentransformasikan semula struktur pasaran beras bagi mengatasi isu monopoli industri berkenaan dalam usaha mengawal perubahan harga komoditi itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata kecenderungan untuk harga beras terus meningkat adalah tinggi sekiranya pasaran terus didominasi oleh pihak tertentu.

“Kekuatan mereka dalam mempengaruhi persekitaran pasaran itu akan meletakkan kedudukan yang berat sebelah di antara pengeluar dan pengguna.

“Saya percaya keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kesukaran bagi pihak kerajaan untuk mengawal dan memantau harga beras, akhirnya pengguna akan terbeban dengan kenaikan harga barang yang berterusan,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Selain itu, menurutnya penstrukturan semula pasaran beras juga menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pemain industri terutamanya buat peniaga kecil dan pengusaha tempatan.

Menurutnya, melalui persaingan seperti ini, pemain industri mampu menyediakan beras yang berkualiti dengan harga kompetitif kepada pengguna.

Sementara itu, beliau berkata Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan serta penguatkuasaan pasaran beras sahaja tidak memadai dalam usaha mengawal pasaran berkenaan.

“Memantau perubahan harga dalam pasaran ini bukan sesuatu yang mudah ini adalah kerana proses ini melibatkan pelbagai pihak di setiap tingkat rantaian pembekalan dan juga permintaan.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan serta penguatkuasaan shaja tidak memadai, ada kalanya akta ini gagal pada satu keadaan jika nilai ambang sudah tidak relevan dan tidak dikemas kini,” katanya.

Jumaat lepas, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 setan kepada RM3,200 setan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

BERNAS dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah pelarasan itu adalah sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan