MIRI, 5 Sept: Kadar jenayah indeks di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Miri bagi tempoh lapan bulan pertama iaitu 1 Januari sehingga 31 Ogos 2023 telah mencatatkan sebanyak 161 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang merekodkan sebanyak 198 kes.
Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu berkata, rekod ini menunjukkan penurunan sebanyak 37 kes atau 19 peratus.
“Selain itu, statistik tangkapan dalam penyalahgunaan dadah dari Januari sehingga Ogos 2023 ialah 790 orang ditangkap, menunjukkan peningkatan sebanyak 261 tangkapan berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 529 tangkapan.
“Melihat kepada statistik tangkapan dalam penyalahgunaan dadah menunjukkan peningkatan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 seramai 790 orang telah ditangkap berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu seramai 529 orang telah ditangkap, menunjukkan peningkatan sebanyak 261 tangkapan,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan Peringkat IPD Miri hari ini.
Beliau menyatakan kebanggaannya terhadap kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah menurunkan indeks jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik memperbanyakkan tangkapan terhadap penagih dan pengedar dadah, namun mengingatkan mereka untuk tidak leka dengan kejayaan ini dan terus menggandakan usaha secara berterusan.
Alexson turut menyatakan penghargaan kepada Ketua Polis Bantuan Pelabuhan Miri, ASP Faridah Julaihi, yang juga terlibat sama dalam usaha tangkapan pengedaran dadah.
“Kkita meminta warga IPD Miri untuk mematuhi segala arahan pucuk pimpinan selain menekankan disiplin dan tanggungjawab yang menjadi teras dalam perkhidmatan untuk masyarakat selama ini.
Seramai 30 orang anggota yang telah dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan dalam Perhimpunan Bulanan ini. – TVS