KUCHING, 4 September: Syarikat UEM Edgenta Berhad merangkul dua anugerah di Majlis Penganugerahan World Green And Sustainability Summit 2023 pada Isnin.
Masing-masing anugerah berkenaan adalah Outstanding World ESG Impact dan Award World Sustainability Icon Leadership Lifetime Achievement Award yang diterima oleh ketua pegawai eksekutifnya,  Syahrunizam Samsudin, hari ini.
Dua anugerah berkenaan melambangkan pengiktirafan kepimpinan. beliau yang cemerlang dan pendekatan berfikiran ke hadapan dalam menggabungkan teknologi dan kemapanan.
Selain itu ia mengiktiraf sumbangan UEM Edgenta yang luar biasa kepada alam kemapanan sambil aktif memperjuangkan prinsip ESG (Environmental, Social, and corporate Governance) telah melayakkan syarikat itu untuk menerima dua anugerah berprestij.
Sekali gus dua anugerah berkenaan menjadi bukti komitmen syarikat tersebut yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosi dan memupuk masa depan yang mampan.
Sementara ketika ditemui Syahrunizam mendedahkan pihaknya telah merancang satu transformasi yang luar biasa dalam sektor pengurusan kemudahan, memanfaatkan teknologi untuk memacu amalan mesra alam dan cekap sumber.
âKami sangat teruja untuk meneruskan usaha kami untuk memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga dari segi menjadikan lebih banyak aset di Sarawak menjadi aset hijau dan kami juga ingin melihat apa yang boleh kami bantu kerajaan untuk meneruskan usaha mereka dalam menguruskan jejak karbon.
âKami juga ingin melihat bagaimana kami boleh terus menjadikan segala-galanya hijau, terutamanya rantaian bekalan,â katanya.
Tambah Syahrunizam, pihaknya juga bercadang untuk meneruskan usaha syarikat tersebut di negara-negara lain dan menyumbang untuk masa depan yang lebih lestari.
“UEM Edgenta juga berharap untuk tetap teguh dalam komitmen untuk memandu perubahan positif, memupuk kerjasama, dan berusaha ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan untuk semua,” ujarnya.
Selain itu, Syahrunizam juga mengimpikan untuk memberi lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat malaysia kerana menurut beliau, ramai rakyat malaysia berkebolehan tinggi dalam bidang-bidang tertentu.
Untuk rekod, UEM Edgenta sebelum ini telah menerima Star Media Group ESG Positive Impact Awards pada tahun 2022 kerana syarikat itu dipuji dari segi penggunaan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengurusan bakat dan kesihatan & kesejahteraan yang baik. – TVS