Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Premier Sarawak optimis pendidikan perkasakan taraf ekonomi rakyat

ByDouglas Elliot

KUCHING, 4 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pendidikan memperkasakan taraf ekonomi rakyat negeri ini.

Menurut beliau pendidikan merupakan kunci kepada kejayaan masa depan yang mampan seterusnya akan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi sekali gus menarik pelaburan ke Sarawak.

“Kita harus memberi tumpuan kepada pendidikan yang mampu mengubah masa depan rakyat.

“Dalam hal ini, sistem pendidikan kita harus mantap dan konsisten,” kata beliau pada majlis perasmian sidang kemuncak World Green And Sustainability Summit 2023 di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau menegaskan Sarawak juga mengiktiraf Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di samping penggunaan bahasa kebangsaan dan menggalakkan penguasaan Bahasa Mandarin.

“Melalui pendidikan juga, kita dapat membekalkan sumber manusia berkemahiran tinggi yang boleh bekerja dengan mereka,” tambahnya.

Terdahulu, majlis menyaksikan Abang Johari menyempurnakan majlis penganugerahan World Sustainability Leadership Excellence kepada para pemenang.

Sidang kemuncak julung World Green And Sustainability Summit 2023 dianjurkan Kerajaan Sarawak bersama Sawit Kinabalu, Samling Group dan Rimbunan Hijau Group. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan