JAKARTA, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Indonesia jam 3.20 waktu tempatan hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.
Tiba dengan pesawat khas, Anwar disambut oleh Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Budi Arie Setiadi, Menteri Luar Malaysia, Datuk Sri Zambry Abdul Kadir, Dan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed Md Hasrin.
Anwar akan menyertai persidangan tiga hari itu bermula esok yang merupakan platform pertemuan dua hala bersama 11 pemimpin negara lain.
Anwar juga dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Jakarta dan rakan Indonesia pada Majlis ‘Temu Anwar’, pada esok, 5 September 2023.