Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kiki (tengah) juara Kemuncak Bintang Kecil 2023 bergambar bersama pemenang naib juara, tempat ketiga dan saguhati yang lain. Foto: TVS

Sabah juara Kemuncak Bintang Kecil 2023

KOTA SAMARAHAN, 4 Sept: Anak kelahiran Keningau Sabah, Fateha Nasleen Suhailin atau lebih mesra dipanggil Kiki berjaya menewaskan tujuh peserta yang lain untuk menjuarai pertandingan Kemuncak Bintang Kecil 2023 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Kiki mempertaruhkan nyanyian lagu bertajuk ‘Sudah’ yang dipopularkan oleh Nikki Palikat dan membawa pulang piala, sijil penghargaan dan hadiah iringan berupa set barang kemas yang bernilai RM6,000 bagi kategori persembahan terbaik.

Kiki bersyukur dan tidak menyangka kerana berjaya meraih kemenangan tersebut.

“Saya bersyukur dan tidak menyangka akan memperolehi kemenangan ini. Kemenangan yang saya peroleh ini adalah hasil doa dan sokongan ahli keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan penyokong saya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong Kiki kerana sentiasa memberi sokongan,” katanya ketika ditemui media selepas menerima anugerah pada Kemuncak Bintang Kecil 2023 di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), semalam.

Terdahulu Kiki sebelum ini juga pernah menyertai Bintang Kecil 2022 dan berjaya meraih tempat kedua.

Acara tersebut turut menyaksikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi hadir bagi mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah kepada para peserta.

Pentas Bintang Kecil tahun ini turut menobatkan Nurfarina Fariha Abdul Zahir (Farha) dari Selangor sebagai naib johan sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 piala, sijil penghargaan dan set barang kemas bernilai RM4,000.

Manakala peserta dari Johor, Wa’ie Mohd Zain (Wa’ie) mendapat tempat ketiga dan menerima wang tunai RM10,000, piala, sijil penghargaan serta set barang kemas bernilai RM3,000.

Seorang lagi peserta Sabah Mohamad Alif Ikmal Danial Azawan Jamaludin (Danial) berjaya dipilih sebagai Bintang Pilihan Protege menerima ‘Electronic Portable Keyboard’ bernilai RM1,300.

Kesemua hadiah set barangan kemas ditaja oleh Kedai Emas Sarawak.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dan Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan