Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah Layar Cycling Carnival Edisi Ke-5 2023, di Betong pada Ahad. Foto: Connie Grace (TVS)

Peserta LCC sebagai ‘duta’ Bahagian Betong

ByConnie Grace

BETONG, 3 September: Kesemua 272 peserta Layar Cycling Carnival (LCC) Edisi Ke-5 2023 sebagai ‘duta’ Bahagian Betong untuk mempromosi budaya tempatan ke seluruh dunia, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, penyertaan peserta yang amat memberangsangkan itu dapat dilihat menerusi kehadiran peserta dari luar negara terutamanya dari Brunei Darussalam, Afrika Selatan, China dan Indonesia.

“Pada edisi kali ini, seramai 272 peserta dengan keseluruhan 40 pasukan dari dalam dan luar negara, terdapat 16 peserta daripada Brunei, dua orang peserta daripada Indonesia, seorang peserta dari Afrika Selatan dan seorang peserta dari China.

“Saya berharap menerusi penyertaan ini, anda boleh kongsikan pengalaman anda semasa di Betong kepada sahabat anda kerana andalah ‘duta’ kami di Betong.” katanya pada Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah Layar Cycling Carnival Edisi ke-5 2023, di Betong pada Ahad.

Selain itu, katanya, Karnival Berbasikal Layar (LCC) ini telah menjadi satu platform untuk penunggang basikal mengembangkan bakat dan mewujudkan komuniti yang sihat di kalangan golongan belia Sarawak.

Jelasnya, ia sekali gus memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara agensi yang terlibat untuk menjayakan program tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan