Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Konvensyen Khas 2023 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, di ibu pejabat SUPP, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Konvensyen Khas 2023 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, di ibu pejabat SUPP, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

RUU baharu berkaitan tenaga dibentang November ini – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tenaga bakal dibentangkan pada November depan.

Beliau berkata segala perincian berkaitan RUU berkenaan digariskan bertujuan untuk melindungi kepentingan Sarawak dalam ekonomi baharu.

Sarawak perkenal RUU baharu berkaitan tenaga.

“Saya akan keluarkan satu undang-undang pada bulan November nanti iaitu bagaimana kita mahu memastikan peningkatan dalam ekonomi baharu dan membangunkan tenaga hijau di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Khas 2023 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, di ibu pejabat SUPP, di sini, hari ini.

Hadir sama, dua timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga merangkap Presiden SUPP.

Bagaimanapun menurut Abang Johari perkara tersebut belum diperincikan sepenuhnya berikutan ia masih dalam proses perangkaan.

“Saya tidak dapat butiran secara jelas kerana ia masih dirangkakan oleh pihak Peguam Negara.

“Kita juga akan membentangkan RUU yang ada hubung kait dengan ekonomi baharu termasuklah karbon dan hak Sarawak ke atas perniagaan karbon dan tanah kita di bawah RUU Kanun Tanah,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan