Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di sini, hari ini. Kredit: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak budayakan keselamatan tingkat kesedaran serangan siber – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Sept: Kerajaan Sarawak berusaha membudayakan keselamatan berhubung kesedaran tentang serangan siber, pemahaman risiko siber dan pengurusan tanggungjawab peribadi dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif itu kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berikutan mengambil kira akan risiko aktiviti dalam talian yang bergerak pantas.

Kesedaran risiko dalam talian perlu dipergiat.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak berwajib juga bertindak pantas dalam membendung gejala serangan siber.

Menurutnya ia juga seiring dengan pembangunan pesat produk berteknologi dan sistem automasi yang lebih pintar sekali gus ia memberi pendedahan serangan siber kepada masyarakat.

“Saya ingin berkongsi bahawa Kerajaan Sarawak, berusaha dan membina budaya keselamatan di seluruh Sarawak, dengan kesedaran siber tentang serangan siber, pemahaman risiko siber dan tanggungjawab peribadi dalam menguruskan keadaan ini.

Salah satunya, kita (Sarawak) bekerjasama dengan pihak university dari sudut pengenalan teknologi-teknologi baru kerana teknologi ini sangat pantas seperti permohonan yang kelancarannya umpama QR Code,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak Muzium Budaya Borneo, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau mengakui Sarawak juga memerlukan teknologi penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang amat penting terutama dalam sektor penjagaan kesihatan seiring dengan perkembangan semasa.

“Kerajaan Sarawak terus melaksanakan dasar digital tidak kira sektor tetapi dalam masa sama, selaras dengan kehendak ekonomi digital, kita harus mendidik masyarakat kita mengenai rangkaian digital ekonomi seperti meluaskan pembelajaran anak kita yang berkehendakkanteknologi.

“Namun, dari sudut risiko kita juga mengumpulkan pakar kita dalam teknologi seperti siber, penganalisis dan keselamatan untuk membantu kita,” katanya lagi.

Untuk rekod statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, mencatat sebanyak 2651 kes penipuan, pecah amanah, jenayah siber, pemalsuan dengan kerugian berjumlah RM63.7 juta pada tahun 2022.

Antara kes yang direkodkan adalah penipuan dalam talian sebanyak 453 kes (RM2.5 juta), penipuan tawaran kerja, 252 kes (RM2.9 juta) dan menyamar sebagai kenalan 183 kes (RM4.2 juta).

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, dan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak, Datuk Julaihi Narawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan