Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) bersama juara Pertandingan Aneka Bola Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina peringkat Nasional Ke-10 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. Foto: Bernama

Sarawak iktiraf UEC, beri peluang rakyat bina kerjaya di negeri sendiri – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 31 Ogos: Pengiktirafan Sarawak terhadap Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bertujuan mewujudkan peluang lebih luas kepada rakyat untuk membina kerjaya di tempat sendiri, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas Premier Sarawak itu, tindakan itu juga sebenarnya menguntungkan kerana peperiksaan berkenaan diiktiraf oleh universiti di luar negara.

Kata Abang Johari, pendidikan baik dan berkualiti yang dimiliki oleh rakyat sebenarnya berupaya memacu kemajuan Malaysia.

“Sekiranya tidak mengiktiraf UEC, pelajar berkelulusan sijil tersebut akan keluar mencari pekerjaan di tempat lain.

“Jadi kalau tidak pergi, ia bukan langkah yang bijaklah. Oleh sebab itu, Sarawak iktiraf UEC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Bola Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia ke-10 di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu, Abang Johari turut mencadangkan supaya lebih ramai rakyat menguasai Bahasa Mandarin selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Menurut beliau, ini akan memudahkan untuk melibatkan diri di pasaran global terutamanya China.

“Kita mahu China datang melabur di Malaysia dan Sarawak. Oleh itu anda perlu fahami Bahasa Mandarin,” jelasnya.

Sementara itu, Abang Johari turut mengulangi komitmen untuk terus menyokong dan membantu sekolah Cina di sini.

“Kita akan terus menyokong pendidikan kerana Sarawak sekarang menuju ekonomi baharu (seperti) hidrogren dan ekonomi hijau.

“Ini perkara baharu dan kita memerlukan pelajar yang bijak untuk mengisi jawatan dalam ekonomi baharu ini,” katanya.

Ujar Abang Johari lagi, ini seterusnya akan menyumbang kepada pendapatan isi rumah yang lebih tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan