Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi dan Dato Hanifah Hajar Taib melawat Loji Rawatan Air Basong di Mukah, hari ini. Foto: Julaihi Narawi (FB)

Satu loji rawatan air baharu akan dibina di Mukah – Julaihi

MUKAH, 31 Ogos: Satu lagi loji rawatan air akan dibina di daerah ini bagi menampung keperluan penduduk yang bertambah.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata loji ini bakal dibina di kawasan sama dengan Loji Rawatan Air Basong.

Loji Rawatan Air Basong yang menghasilkan 60 MLD bagi keperluan penduduk Mukah. Foto: Julaihi Narawi (FB)

“Sebuah loji baharu akan dibina di tempat yang sama dengan kapasiti 60 juta liter air sehari (MLD) juga menjadi jumlah kapasitinya meningkat kepada 120 MLD bila siap kelak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau mengadakan lawatan ke loji berkenaan selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di sini.

Satu loji rawatan air baharu akan dibina di Mukah.

Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Tun Abdul Taib, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Mohamad Abdullah Zaidel, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Chang Kuet Shian dan Timbalan Residen Mukah Shafrie Saili.

Julaihi berkata lagi, Loji Basong kini menghasilkan air terawat 60 MLD.

Menurutnya, loji ini penting kerana membekal sebahagian besar keperluan air di Bahagian Mukah.

Ini merangkumi Daerah Mukah, Balingian, Kuala Balingian, Dalat, Oya dan Igan.

“Ini juga bermakna loji ini akan menjadi loji utama selain dari sembilan lagi loji lain di sekitar Bahagian Mukah,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan