Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulkifli Muhammad Ghani (kiri) ,Wong Hoon Sing (tengah) dan Azman Mursalim (kanan) ketika ditemui TVS di sekitar Pasar Tamu Mukah, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS). Foto: TVS.

Rakyat Sarawak teruja Sambutan Hari Kebangsaan 2023

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 30 Ogos: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak di Mukah esok hari pastinya meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan dijangka bakal dihadiri ribuan pengunjung di bandar ini yang menantikan warna warni acara yang bakal berlangsung.

Tinjauan TVS di sekitar Pasar Tamu Mukah mendapati penduduk setempat teruja dengan sambutan kali ini yang disifatkan istimewa kerana bahagian itu terpilih menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Menurut Zulkifili Muhammad Ghani, 42, dia dan keluarganya memilih untuk menghadiri sambutan kemuncak esok bagi merasai kemeriahan sepanjang acara.

“Saya akan hadir bersama keluarga saya kerana mahu beri pendedahan kepada anak-anak mengenai Sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, menurut Wong Hoon Sing, 70, dia berpandangan meskipun acara Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sarawak tidak sehebat di Putrajaya, namun yakin mesej mengenai perpaduan akan difahami oleh rakyat Sarawak.

“Acara pada esok hari wajar dihadiri oleh semua yang mempunyai kelapangan masa kerana ia menunjukkan kesetiaan kita kepada negara.

“Kalau yang bekeluarga, lebih bagus jika dapat bawa anak-anak ke acara itu bagi memberi kefahaman berkenaan Hari Kebangsaan,” katanya.

Bagi Azman Mursalim pula, dia mengakui terdapat terdapat polemik mengenai sambutan 31 Ogos dalam kalangan rakyat Sarawak, namun dia menegaskan soal itu perlu ditolak tepi memandangkan tanggal 31 Ogos merupakan hari penting bagi rakyat Malaysia untuk memperingati dan menghargai jasa dan pengorbanan permimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan.

“Mesti datang sebab ini merupakan Hari Kebangsaan bagi kita bersama-sama meraikannya dengan keadaan yang harmoni,” ujarnya.

Arzman menjelaskan, semua pihak perlu mengambil bahagian dalam sambutan kali dengan mempamerkan semangat patriotik yang tinggi bagi menjadikan Sarawak dikagumi oleh negeri-negeri.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak akan menyaksikan pelbagai acara dianjurkan, antaranya Sambutan Ambang Merdeka, Unity Fun Ride dan Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan.

Ia juga turut akan menampilkan aktiviti seperti persembahan khas dari artis-artis tempatan, deklamasi sajak, ratu perpaduan, ceramah motivasi dan lain-lain lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan