Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika berucap dalam Majlis Penutupan Makmal Bakat dan Inovasi Digital (DTI Lab) di Kuching, pada Rabu. Foto: Marzella Sigai (TVS)

Sarawak perkukuhkan STEM untuk tenaga kerja berkualiti

ByMarzella Sigai

KUCHING, 30 Ogos: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memperkasakan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak berkata, usaha itu selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan menerusi Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015 – 2025.

Kata beliau, usaha berkenaan membolehkan negara bersedia menghadapi cabaran abad ke-21 apabila mempunyai tenaga kerja mahir yang diperlukan.

“Kerjasama antara pendidik, penggubal dasar dan pihak berkepentingan industri adalah penting untuk kejayaan inisiatif pendidikan STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Makmal Bakat dan Inovasi Digital (DTI Lab) di sini hari ini.

Sementara itu Roland Sagah berkata, usaha untuk menambah baik kualiti pendidikan STEM dan pembangunan bakat boleh dilaksanakan dengan segera.

“Visi telah ditetapkan dan dengan kerjasama erat ini, (kita) boleh menyatukan sumber yang dimiliki (untuk menjayakannya),” katanya.

Menerusi DTI Lab, peserta yang terdiri daripada guru dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah membentangkan hasil Kajian Kes Program Tambahan STEM untuk menambah baik kualiti pendidikan di Sarawak.

Penganjuran program tersebut juga merupakan platform untuk mengumpul idea baharu berkaitan STEM bagi memastikan pembangunan bakat di Sarawak dapat dibangunkan dengan lebih sistematik.

DTI Lab dianjur oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan kerjasama MEITD selama tiga hari bermula 28 Ogos lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan