Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama tetamu kehormat yang lain selepas merasmikan majlis pelancaran MOAS S-MM2H di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto: TVS

Permohonan S-MM2H meningkat – Abdul Karim

KUCHING, 30 Ogos: Program Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) adalah satu inisiatif menarik warga asing di seluruh dunia yang memenuhi kriteria tertentu tinggal di Malaysia selama mungkin dengan pas lawatan sosial selama 10 tahun.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah permohonan bagi program ini di Sarawak meningkat sekali gus jelas menunjukkan bahawa Sarawak menjadi destinasi pilihan warga asing untuk menetap.

“Setakat Januari hingga Ogos 2023, terdapat sebanyak 446 pemohon telah diluluskan,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Aplikasi Dalam Talian (MOAS) S-MM2H di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) lewat petang semalam.

Program S-MM2H adalah skop ‘Silver Hair Programme’ yang lebih luas. Sejak menerima pakai program S-MM2H pada 2007, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) telah meluluskan seramai 2,190 peserta sehingga kini. Dengan penyempurnaan syarat mulai 1 September 2022, terdapat 411 pemohon yang berjaya pada 2022, jumlah permohonan yang berjaya meningkat berbanding tahun 2021.

Jelas Karim, dengan adanya MOAS kerjasama Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) ia membantu memudahkan proses pemilihan pemohon dan beliau mensasarkan sejumlah 1,000 pemohon menjelang penghujung tahun ini.

“MTCP baru-baru ini telah membangunkan MOAS S-MM2H dengan SAINS untuk memudahkan proses permohonan keseluruhan meliputi fungsi operasi harian. Sistem permohonan dalam talian bermula pada 1 Jun di mana penyerahan akan diproses secara dalam talian oleh MTCP dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

“Sejak sistem SMM2H disiarkan secara langsung, kementerian telah menerima dari Jun hingga kini sebanyak 88 permohonan melalui aplikasi dalam talian. Kami menjangkakan akan mencapai sasaran iaitu 1,000 pemohon S-MM2H yang akan diluluskan menjelang 2023.

“Kami berharap dengan adanya sistem ini, ia akan mengurangkan masa yang diambil untuk proses kelulusan dan akan menjadikan keseluruhan proses menjadi lebih berkesan dan cekap,” katanya lagi.

Semua permohonan untuk program S-MM2H akan diteliti oleh jawatankuasa yang terdiri daripada MTCP, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibuat.

Ia terbuka kepada semua warga asing dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan umur namun permohonan yang tidak memenuhi syarat minimum akan ditolak.

Pelbagai faktor yang menjadikan Sarawak sebagai destinasi pilihan program S-MM2H di samping tawaran visa dan program juga dari segi faktor cuaca, perpaduan kaum, fasiliti kesihatan serta politik yang stabil di rantau negeri ini.

Untuk rekod, antara 10 negara yang telah memohon selepas pelaksanaan S-MM2H pada tahun 2007 ialah negara United Kingdom, China dan Taiwan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan