Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga wanita warga Singapura maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori sampah Roll On Roll Off (RORO) di Jalan Kota Tinggi-Kluang. Foto: Bomba

Tiga wanita warga Singapura maut dalam kemalangan di Kota Tinggi

ByBernama

JOHOR BAHRU, 28 Ogos: Tiga wanita warga Singapura maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori sampah Roll On Roll Off (RORO) di Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat Ladang Cenas, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor kemalangan yang berlaku pada 1.52 tengah hari itu, mengorbankan penumpang MPV jenis Honda Freed dikenali sebagai Toh Poh Kian, 56, Soon Moh Tan dan Wong Lan Yew masing-masing berumur 61 tahun.

“Sementara pemandu lelaki Honda Freed, Ong Cheow Lam, 59, juga warga Singapura dan pemandu lori RORO Ahmad Zani Karimon, 49, terselamat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu kesemua mayat diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, sebuah jentera bomba bersama lima anggota telah digerakkan ke tempat kejadian dan operasi tamat pada 2.35 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan