Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain biola kelahiran Sarawak, Imran Azim Iskandar, 17, memasang azam untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah muzik terkenal, Berklee College of Music.
Pemain biola kelahiran Sarawak, Imran Azim Iskandar, 17, memasang azam untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah muzik terkenal, Berklee College of Music. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Juara dunia kelahiran Sarawak impi sambung belajar Berklee College of Music

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Ogos: Juara dunia pertandingan biola (kategori klasik) Imran Azim Iskandar kini mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian di sekolah muzik tersohor, Berklee College of Music di Amerika Syarikat.

Anak kelahiran Sibu, Sarawak itu berkata, dia sudah lama ‘mengidam’ untuk bergelar pelajar di situ dan mahu meneruskan perjuangan dalam bidang muzik.

Dua anak Sarawak berentap di WCoPA Amerika Syarikat

Ketika ini pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek itu memberitahu, dia sedang mencari biasiswa untuk merealisasikan impiannya.

“Saya ingin menjadi seorang pengarah muzik dalam industri hiburan di Malaysia atau di luar negara atau mungkin seorang pensyarah muzik,” katanya ketika ditemui TVS, di Studio Nonakraf Creative, di sini, baru-baru ini.

Imran Azim sebelum ini mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas pada World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Anaheim, Amerika Syarikat.

Lebih membanggakan, pemuzik berusia 17 tahun itu turut meraih dua perak dan dua gangsa.

Menurut Imran Azim, ibunya, Suziah Johari, 49, dan bapanya, Iskandar Bujang, 62, merupakan pendorong terbesarnya sejak mula belajar bermain biola sehinggalah berjaya membawa lima pingat pada WCoPA.

Imran Azim Iskandar berjaya merangkul lima pingat dalam pertandingan bertaraf antarabangsa dalam pertandingan biola World Championship of Performing Arts (WCoPA) di Amerika Syarikat, baru-baru ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Imran Azim Iskandar berjaya merangkul lima pingat dalam pertandingan bertaraf antarabangsa dalam pertandingan biola World Championship of Performing Arts (WCoPA) di Amerika Syarikat, baru-baru ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Selain itu, Imran Azim juga tidak lupa jasa guru biolanya, Wong Ping Hang dan Syafiee Obe, keluarga terdekat, guru-guru di sekolah dan rakan-rakan yang sering memberi sokongan kepadanya.

Dia juga berharap kejayaannya di pentas dunia itu mampu menjadi pendorong kepada golongan muda terutamanya di Sarawak untuk berjaya.

“Ini bagi mereka yang berhasrat untuk bertanding di pentas antarabangsa.

“Walaupun saingan sangat hebat, namun tidak boleh berasa gentar kerana pastinya kita mampu melakukan yang terbaik,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan