Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksin Covid – 19 : UM teliti dakwaan pelajar dihalang ambil peperiksaan

Universiti Malaya (UM) memandang serius berhubung laporan polis yang dibuat seorang pelajar jurusan perubatan atas dakwaan pihak pentadbiran UM menghalang beliau menduduki peperiksaan kerana belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM Mohd Khairi Md Jaafar dalam satu kenyataan berkata pihak UM sedang meneliti perkara itu secara lebih terperinci dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

“Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar mengesahkan menerima laporan seorang pelajar UM berhubung isu itu dan berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

-Bernama

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan