Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy Shukri dan tetamu lain bergambar bersama peserta Program Wanita Bangkit di Limbang. Foto: TVS

Kajian menyeluruh tangani gejala buli – Nancy

LIMBANG, 27 Ogos: Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi menangani gejala buli membabitkan pelajar sekolah di negara ini, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, perbincangan itu kelak perlu melibatkan institusi kekeluargaan, sekolah, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan melihat gejala buli sebagai masalah serius yang perlu ditangani secara bersama.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, antara perkara yang perlu diteliti ialah melihat semula sama ada hukuman yang dikenakan bersesuaian atau sebaliknya.

“Mengenai kes buli, ia juga banyak dipengaruhi keadaan di rumah serta di sekolah (sehingga menyebabkan) mengapa anak-anak ini bersikap demikian.

“Sebab itulah institusi kekeluargaan amat penting, begitu juga suasana di sekolah supaya kes seperti ini tidak berlaku.

“Berkenaan hukuman pula, mungkin tidak dapat diterima oleh pelajar terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir Program Keusahawanan Wanita bangkit @ KPWKM Limbang di Dewan St Edmund di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kumpulan pemikir perlu mengkaji situasi berkenaan membabitkan pelbagai sudut.

Sementara itu, Nancy berkata, usaha membanteras gejala buli tidak boleh dilihat kepada satu komponen sahaja sebaliknya keseluruhan ekosistem perlu diperkukuh.

“Masalah buli bukan hanya dilihat pada aspek hukuman semata-mata sebaliknya memikirkan sama ada kesedaran wujud dalam kalangan pelajar sendiri kerana mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan