Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing bersama peserta yang menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan di Bintangor. Foto: TVS

Lebih 300 kanak-kanak semarak sambutan Hari Kebangsaan di Bintangor

BINTANGOR, 27 Ogos: Lebih 300 kanak-kanak menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dengan menyertai pertandingan mewarna anjuran Pemuda dan Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor hari ini.

Aktiviti itu merupakan antara usaha untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat cintakan negara melalui kreativiti yang dihasilkan.

Terbahagi kepada tiga kategori iaitu kanak-anak berusia empat hingga enam tahun, tujuh hingga sembilan tahun dan 10 hingga 12 tahun, pertandingan yang kali pertama diadakan itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, beliau berpuas hati kerana pertandingan itu disertai oleh kanak – kanak pelbagai kaum di kawasannya.

“Paling mengagumkan apabila ibu bapa dan penjaga mereka hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada anak-anak yang sertai pertandingan mewarna ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kegiatan berkenaan dapat dibudayakan dalam kalangan masyarakat di situ.

“Program ini mampu mengeratkan perpaduan masyarakat, apa yang penting ialah kita dedahkan mereka dengan semangat patriotik pada usia yang masih muda,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, Chieng Buong Ong, Setiausaha Parti SUPP Bintangor, Lau Sie Hing dan Pengerusi Pengelola yang juga Ketua Wanita SUPP Bintangor, Kaunselor Chieng Ming Kiong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan