Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para peserta yang terlibat dalam kelas ngajat. Foto: TVS

Kelas Tarian Ngajat kepada generasi muda pulihara warisan Sarawak

KUCHING, 27 Ogos: Tarian Ngajat merupakan identiti masyarakat Iban yang menjadi budaya kebanggaan di Sarawak.

Keunikan tarian ini perlu dipulihara supaya tidak lekang ditelan zaman.

Sehubungan itu, Cabang Dayak Bukit Kelingkang mengambil inisiatif membuka kelas tarian berkenaan buat tahun kedua.

Ketua Cabang Dayak kawasan itu, Ali Singka berkata, sejak dibuka pada Februari lepas, kelas itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada masyarakat Iban.

“Kelas ini membolehkan generasi muda dapat mengenali dengan lebih mendalam tarian tradisi kaum Iban.

“Sebanyak enam siri kelas tarian sudah dilaksanakan yang melibatkan penyertaan seramai 190 orang pelajar.

“Daripada jumlah itu seramai 130 orang merupakan pelajar perempuan manakala 60 lagi ialah lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Makan Malam Penutup Kelas Ngajat Dayak Bukit Kelingkang Pampang Melikin di sini semalam.

Turut hadir Pengasas Bersama Dayak Bukit Kelingkang, Victor Ason.

Sementara itu, Ketua Pengajar Tarian Ngajat, Korea Musit berkata, pelajar perlu mengikuti kelas tarian selama dua bulan.

“Pada setiap minggu, kita mengajar sebanyak dua kali.

“Prosesnya menyeronokkan kerana pelajar cukup bersemangat, jadi saya juga gembira untuk berkongsi ilmu dengan mereka,” katanya.

Selaku tenaga pengajar, Korea berkata, beliau berharap tarian itu akan terus berkembang serta mengetengahkan adat asal Dayak. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan