Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus melihat pameran pendidikan ketika melawat gerai pameran di Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di Pusat Persidangan Serian (SSC). Foto: TVS

Pencari kerja perlu bijak rebut peluang, tingkatkan sosioekonomi – John Ilus

SERIAN, 26 Ogos: Pencari kerja khususnya golongan belia perlu bijak dalam mengambil peluang mendapatkan maklumat mengenai peluang perkerjaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata, tindakan berkenaan akan membantu mereka untuk melepaskan diri daripada belenggu pengangguran seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi keluarga masing-masing.

Majikan pula katanya perlu bersedia memberi peluang kepada pencari kerja sekiranya mereka didapati memenuhi kriteria organisasi.

“Nasihat saya kepada majikan, berikanlah peluang kepada pencari kerja jika mereka didapati sesuai dan menepati syarat yang ditetapkan organisasi.

“Kepada pencari kerja pula, anda telah buat yang terbaik semasa sesi temuduga hari ini dan diharapkan sentiasa berfikiran positif serta cepat bertindak agar tidak terlepas peluang kerja di depan mata,” katanya.

John berkata demikian ketika membacakan teks ucapan dan mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Karnival Kejaya dan Pendidikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di sini pada Sabtu.

Beliau dalam pada itu mengumumkan SABERKAS merancang untuk mengadakan satu karnival serupa di Zon Tengah Sarawak iaitu  di Sibu atau Mukah.

Terdahulu, karnival tersebut diadakan sempena sambutan Jubli Emas SEBERKAS telah dikunjungi kira-kira 400 pengunjung yang terdiri daripada belia dan pencari kerja.

Karnival yang berlangsung di Pusat Persidangan Serian (SSC) itu turut membabitkan 20 agensi pekerjaan dan pendidikan yang menawarkan platform menarik untuk memperkasa masyarakat setempat.

Karnival tersebut merupakan siri ketiga selepas siri pertama pada Februari di Bintulu, manakala siri kedua di Sri Aman pada Mei lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan