Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan satu yang mendakwa dipukul oleh senior baru-baru ini. Foto Envato.

Sindiket ‘Dudley’ tumpas lima ditahan termasuk dalang warga tempatan

KUCHING, 25 Ogos: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia dalam operasi (Op) ‘Dudley’ baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Ruslan Jusoh berkata operasi tersebut dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak pada 19 hingga 22 Ogos lalu di sekitar negeri ini.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempat berusia 40 tahun dikenali sebagai ‘Dudley’ yang juga ketua sindiket dengan dibantu oleh empat lelaki warganegara India berusia 25 hingga 40 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, pasukan operasi juga berjaya menyelamatkan 12 lelaki warganegara India yang menjadi mangsa kepada sindiket berkenaan.

“Berdasarkan maklumat, mangsa perlu membayar sekitar RM20,000 hingga RM25,000 seorang kepada sindiket untuk menguruskan kemasukan ke Malaysia.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Mei 2022 setelah pintu masuk sempadan negara dibuka semula. Modus operandi sindiket adalah menjanjikan pekerjaan di atas kapal kepada mangsa yang akan dibawa ke Malaysia melalui KLIA bagi membolehkan mangsa mendapat penerbangan ke Miri dan Sibu,” ujarnya.

Menurut Ruslin, pasukan operasi turut merampas wang tunai sebanyak RM600, 75 naskah pasport India, tujuh naskah pasport Indonesia, tiga naskah pasport Myanmar, empat buah komputer riba, sebuah kenderaan Toyota Land Cruiser, sebuah kenderaan Honda City dan sebuah kenderaan Suzuki Vitara.

Tambahnya dalang utama warga tempatan berkenaan telah direman selama tujuh hari manakala empat lelaki warga India ditahan di Depot Imigresen Semuja.

“Mereka semua ditahan untuk disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” jelasnya.

Sementara itu, Ruslin memberitahu kesemua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di rumah perlindungan mangsa ATIPSOM.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Imigresen akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang.

Orang ramai juga digesa supaya terus menyalurkan sebarang maklumat yang dapat membantu pihaknya dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan