Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah runtuh di bahagian belakang Rumah Jelai Kana yang mencetuskan kebimbangan penduduknya. Foto: BBP Kanowit.

Tanah runtuh kali kedua cetus cemas penduduk Rumah Panjang Jelai Kana

KANOWIT, 24 Ogos: Insiden tanah runtuh yang berulang di Rumah Panjang Jelai Kana, Nanga Tada dekat sini pagi tadi telah mencetuskan kebimbangan penduduk.

Kejadian terbaharu itu menyebabkan tiga daripada 21 pintu di rumah panjang berkenaan terjejas.

Penduduk mendakwa, kejadian itu dipercayai berpunca akibat cuaca hujan pada waktu petang sejak kebelakangan ini.

Insiden tanah runtuh yang berlaku di tempat yang sama pada Februari 2023. Foto: BBP Kanowit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit,  Penolong Penguasa Bomba Arrahman Chik berkata, pihaknya ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 11 pagi.

“Setibanya di situ, bomba dimaklumkan oleh pemilik rumah yang terjejas bahawa kejadian tanah susur mula disedari pada pukul 4 pagi tadi.

“Kawasan dianggarkan berkeluasan 300 kaki kali 100 kaki persegi yang melibatkan bahagian belakang rumah terjejas,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Arrahman memberitahu, pasukan bomba telah membuat pemantauan serta memastikan tidak berlaku lagi pergerakan tanah.

“Bomba juga telah memasang sawar-sawar dan menasihatkan penduduk supaya lebih berhati-hati dan tidak mendekati kawasan terjejas,” katanya.

Ketika ini katanya tiada arahan pemindahan dikeluarkan namun penduduk dinasihatkan segera berbuat demikian sekiranya berlaku hujan lebat berterusan dan runtuhan susulan. 

Kejadian tanah runtuh di situ berlaku kali pertama pada 4 Februari lepas. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan