KUCHING, 24 Ogos: Program Siri Jelajah Gig, Keusahawanan dan Transisi ke pekerjaan formal di Sarawak diadakan pada 30 Ogos ini.
Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Wisma Perkeso Negeri Sarawak.
Antara aktiviti yang berlangsung nanti adalah sesi temuduga bersama majikan, Taklimat Insentif Bina Kerjaya Pekerja Tidak Formal, Taklimat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Taklimat Skim Keselamatan Sosial suri Rumah (SKSSR), Taklimat Pembiyaan Perniagaan dan Pameran booth Keusahawanan bersama PUNB dan Fama, serta Taklimat Latihan dan Redbeat Academy Sdn Bhd (Air Asia Ride).
Senarai majikan yang terlibat ialah Forda, AirAsia ride, Sheraton, Teknologi Abadi Sdn Bhd dan Syarikat Generali.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi https://bit.ly/ISE_ESTVS -TVS