Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Kerajaan Sarawak berkunjung ke pusat penguji teknologi penangkapan karbon, Technology Centre Mongstad (TCM) untuk melihat teknologi yang digunakan oleh pihak berkenaan dalam sektor tersebut. Foto: TVS

Sarawak teroka prosedur kenakan cukai terhadap pengeluar karbon – Abang Johari

ByAmirah Shawel

BERGEN, 24 Ogos: Kerajaan negeri giat meneroka prosedur bagi mengenakan cukai terhadap pengeluar-pengeluar karbon, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hasrat itu menurut beliau berikutan langkah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah menyenaraikan karbon sebagai salah satu komoditi.

“Saya rasa UN telah mengkategorikan karbon sebagai satu komoditi. Maka, ia (akan) sama seperti komoditi-komoditi lain yang kami kendalikan.

“Karbon menjadi satu komodi untuk diperdagang dan tentunya sebagai kerajaan, kita sedang meneroka bagaimana untuk mengenakan cukai terhadap mereka (pengeluar karbon),” katanya.

Sarawak kaji protokol antarabangsa berhubung perdagangan karbon – Abang Johari

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Hotel Norge, Norway, pada Rabu.

Dalam pada itu Abang Johari memberitahu, beliau telah memperoleh maklumat lebih mendalam berhubung pengendalian karbon untuk dijadikan sebagai bahan dagangan menerusi lawatan kerjanya ke Norway pada Rabu.

Sarawak kaji protokol antarabangsa berhubung perdagangan karbon – Abang Johari

Beliau yang mengetuai delegasi telah mengadakan lawatan teknikal ke fasiliti CCS, Northern Lights dan Technology Centre Mongstad bagi meninjau infrastruktur dan teknologi yang digunakan oleh pemain industri CCS di negara tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan