Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota BBP Sungai Merah sedang menjalankan kerja-kerja 'Overhaul' di tempat kejadian. Foto: BBP Sungai Merah

Empat sekeluarga hilang tempat berteduh, rumah flat di Sibu terbakar

SIBU, 23 Ogos: Empat sekeluarga hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka di Tingkat 3, Blok G, Ta’an Plywood Sdn Bhd, Jalan Sungai Bidut di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Difahamkan kebakaran itu memusnahkan hampir 80 peratus unit kediaman flat terlibat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Timbalan Penguasa Bomba Abdul Mutalif Ja’afar berkata, seramai 12 orang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.03 petang.

“Setiba di tempat kebakaran pada pukul 2.19 petang, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman flat pekerja,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman dibantu oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran (OKK) Ta’an yang terdiri daripada enam anggota menggunakan sebuah jentera pemadam,” katanya.

Menurut beliau, operasi kemudian diambil alih oleh pasukan BBP Sungai Merah dan seterusnya menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ sehingga api padam sepenuhnya.

Abdul Mutalif berkata, operasi tamat pada pukul 2.32 petang manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan