Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI), Benny Rhamdani ketika menerima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Dato' Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, di ibu pejabatnya bagi membincangkan isu PDI tanpa permit dan jenayah pemerdagangan manusia. Foto: David Andreas (TVS)

Indonesia mahu atasi isu warganya jadi pekerja asing tanpa izin di luar negara

ByTVS

JAKARTA, 23 Ogos: Indonesia mahu bekerjasama rapat dengan Malaysia bagi mencegah rakyatnya masuk bekerja secara haram ke negara jirannya itu.

Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI), Benny Rhamdani berkata, antara yang boleh dilaksanakan ialah menyemak semula memorandum persefahaman (MoU) melibatkan kedua-dua negara.

Kata Benny, perkara berkenaan perlu dilaksanakan segera berikutan jumlah warga Indonesia yang masuk secara haram untuk bekerja di Malaysia dan beberapa negara lain sangat tinggi.

“(Sekiranya terus dibiarkan berlarutan ini) akan memberi peluang bagi sindiket pemerdagangan manusia yang berleluasa,” katanya.

Perkara itu disuarakan oleh Benny ketika menerima kunjung hormat Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin di pejabatnya hari ini.

Mengulas lanjut, Benny berkata, pihaknya akan mengetuai pasukan petugas pencegahan tenaga kerja haram namun memerlukan maklumat yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia.

Sementara itu, beliau memberitahu, dalam tempoh dua bulan lepas, hampir 2,500 rakyatnya yang hampir menjadi tenaga kerja tanpa permit di beberapa negara termasuk Malaysia berjaya diselamatkan.

Katanya seramai 800 suspek juga telah ditahan oleh Polis Indonesia.

Sementara itu, Syed Mohamad Hasrin berkata, Malaysia turut komited untuk melindungi pekerja asing termasuk dari Indonesia yang bekerja di sana.

“Saya bagi pihak Kedutaan Malaysia juga bersetuju dan akan berbincang lebih lanjut apabila perlu untuk menyemak dan memperbaharui MoU mengenai perkara itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan