Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakaman ucapan Vladimir Putin yang ditayangkan semasa upacara pembukaan Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg pada 22 Ogos. Foto: REUTERS/ James Oatway

Tiada lagi penggunaan dolar AS, BRICS bincang fasa peralihan

ByReuters

JOHANNESBURG, 23 Ogos: Peralihan penggunaan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) kepada mata wang tempatan dalam kalangan negara anggota Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) semakin hampir menjadi kenyataan dan disifatkan sebagai langkah dominan blok itu yang tidak dapat dielakkan.

Menyifatkan perkara itu Presiden Rusia Vladimir Putin berkata langkah ‘dedolarisasi’ sebagai mata wang perdagangan dan rizab pertukaran asing bakal dimuktamadkan blok itu tidak lama lagi.

“Objektifnya adalah untuk tidak lagi menggunakan dolar AS  dan ia satu langkah pasti dalam mengukuhkan hubungan ekonomi negara anggota dan telah menerima sambutan yang menggalakkan,”katanya dalam rakaman ucapan pada sidang kemuncak BRICS yang berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan pada Selasa.

Jelas Putin negara-negara anggota akan membincangkan fasa peralihan perdagangan dolar AS kepada mata wang tempatan seperti yang diunjurkan China dan India sebelum ini bagi penggunaan Yuan dan Rupee.

Berucap dalam sidang kemuncak sama Presiden China Xi Jinping menyeru agar pengembangan ekonomi baharu blok itu dilakukan ke arah hala tuju lebih adil dan saksama.

Dalam ucapan tersebut Xi berkata China sama sekali tidak mahu terlibat dalam persaingan kuasa besar atau mewujudkan konfrontasi kalangan negara anggota dan menegaskan hegemonisme tidak wujud dalam budaya negara tembok besar itu.

“China kekal dengan pendirian untuk sama-sama mencipta kejayaan buat blok ini dan percaya keadilan perlu dilakukan dengan niat yang betul. BRICS perlu teguh berdepan apa jua cabaran selepas ini,” katanya.

Suara tersebut disambut positif tuan rumah, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa yang melihat aspirasi dan cadangan yang ditutarakan pada sidang kemuncak kali ini sebagai satu permulaan sejarah baharu buat blok itu.

China dan Rusia yang dikenakan sekatan eknomi oleh AS kerap kali menyuarakan pandangan agar pengembangan blok dibuat bagi memperkuatkan ekonomi dan suara blok itu berdepan dominasi barat.

Indonesia, Arab Saudi, Iran, Mesir dan Argentina merupakan negara yang sebelum in imenyatakan hasrat menyertai gabungan blok itu yang disertai Brazil, Rusia, China dan Afrika Selatan di mana blok tersebut mewakili 40 peratus populasi dunia dan menyumbang 25 peratus ekonomi dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan