Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

AirAsia Foundation Tawar Penghantaran Percuma Untuk Produk Dari Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: AirAsia Foundation menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara bagi produk dari Sabah dan Sarawak yang terjual di laman perusahaannya DestinationGOOD.com bermula hari ini hingga 30 Jun bertujuan membantu perniagaan kecil dan perusahaan sosial.

Dalam satu kenyataan, ia berkata para pelanggan boleh mendapatkan penghantaran percuma dengan menggunakan kod promosi GOODHarvest bersempena dengan sambutan perayaan tahunan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut baru-baru ini.

Antara produk yang terjual di DestinationGOOD.com adalah barangan runcit seperti beras premium, garam dan rempah-ratus, barangan kraftangan seperti bakul anyaman, beg dan pelbagai judul buku kanak-kanak yang meraikan pelbagai tradisi budaya etnik Sabah/Sarawak.

Selain daripada produk-produk seperti daripada Bario Asal, Langit Collective, Oyezbooks dan Helping Hands Penan, laman tersebut juga menawarkan barangan daripada usahawan kraf bebas.

Destination GOOD adalah sebuah butik perusahaan sosial AirAsia Foundation di Kuala Lumpur yang menjual lebih 400 jenis barangan yang dihasilkan secara beretika daripada lebih 50 buah perusahaan sosial di seluruh rantau Asean.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan