Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh, semasa sidang media selepas Majlis Penutup Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Kebangsaan 2023 di Eastwood Valley pada hari ini. Foto: TVS.

Rundingan KPDN, KPKM tentukan harga siling telur dan ayam

MIRI, 22 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan rundingan bersama persatuan penternak bagi meneliti keperluan menurunkan harga telur dan ayam pada masa hadapan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh.

“Kita ada harga siling untuk telur dan ayam, tetapi sekiranya perlu diturunkan harga siling perlulah runding semula sebab itu adalah hasil daripada persefahaman antara kami (KPDN), KPKM dan persatuan penternak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Kebangsaan 2023 di Eastwood Valley hari ini.

Beliau menjelaskan perbezaan harga telur dan ayam di Semenanjung dengan beberapa tempat lain merupakan hasil rundingan dengan penternak berkenaan harga kedua-dua produk tersebut.

“Memang betul harga telur dan ayam di Sabah, Sarawak, Labuan dan juga tempat lain seperti pulau-pulau kita dapati harganya sedikit lebih daripada yang kita kawal di peringkat Semenanjung.

“Ini adalah hasil rundingan dengan penternak berkenaan harga ayam dengan harga telur,” ujarnya.

Terdahulu, Fuziah berkata pihak KPDN akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri melibatkan pembekal serta penjual ayam dan telur ayam selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Ke-15 (PRU15) bagi menyemak semula harga siling ayam dan telur di pasaran.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan