Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching, Datu Junaidi Reduan menyampaikan amanat terakhirnya di Majlis Perhimpunan bersama Datuk Bandar Kuching Utara pada Selasa. Foto: Arrianne Imun (TVS)

Datuk Bandar DBKU bersara 31 Ogos ini

ByArrianne Jo

KUCHING, 22 Ogos: Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan bersara pada 31 Ogos ini setelah empat tahun menyumbang bakti.

Junaidi yang ditemui pada Majlis Perhimpunan bersama Datuk Bandar Kuching Utara hari ini meyakini penggantinya selepas ini bakal membawa DBKU ke peringkat yang lebih tinggi.

Junaidi tamat perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Ogos ni | TVS

“Saya percaya Datuk Bandar yang baharu tidak kiralah siapapun beliau, akan membawa DBKU ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kerajaan negeri tidak memilih Datuk Bandar dengan sesuka hati, mereka akan melihat kriteria dan segala aspek yang perlu,” katanya.

Menurut Junaidi, sebarang maklumat berkenaan Datuk Bandar Kuching Utara yang baharu bagi mengambil alih tugas beliau masih belum didedahkan ketika ini.

Dalam pada itu, Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara, Mohamed Khaidir Abang merakamkan penghargaan kepada Junaidi di atas khidmat bakti dan sumbangan beliau selama ini.

“Beliau adalah seorang yang periang, mahir dalam hal kewangan dan mudah untuk berurusan dengan beliau,” katanya.

Junaidi dilantik sebagai Datuk Bandar Kuching Utara yang ketujuh pada September 2019 yang lalu menggantikan Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan