Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan percukaian secara berperingkat bermula 1 September 2023. Foto hiasan: Envato.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan percukaian secara berperingkat bermula 1 September 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September 2023 untuk memperkasa dan melestari pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir; End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya yang dijangka pada 1 Januari 2024. Ia juga merupakan salah satu usaha HASiL dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S.) di semua Kaunter Perkhidmatan HASiL. Para pembayar cukai adalah digalakkan untuk beralih kepada Perkhidmatan E2E ini dalam semua transaksi termasuk menggunakan kaedah-kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan untuk membuat bayaran bagi memastikan segala transaksi yang direkodkan adalah selamat dan teratur.

Sebagai rujukan tambahan kepada pembayar cukai, senarai e-Perkhidmatan yang diwajibkan beserta penerangannya boleh didapati melalui pautan https://www.hasil.gov.my/e-perkhidmatan/ manakala panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh diakses melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public

 

– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan