Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bekas jururawat di Britain Lucy Letby telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tujuh bayi dan cuba membunuh enam yang lain di hospital Chester antara Jun 2015 dan Jun 2016. Foto hiasan: Envato.

Jururawat Britain dihukum penjara seumur hidup bunuh 7 bayi

ByBernama

MOSCOW, 22 Ogos: Seorang bekas jururawat di Britain Lucy Letby telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tujuh bayi dan cuba membunuh enam yang lain di hospital Chester antara Jun 2015 dan Jun 2016, Sputnik memetik laporan penyiar negara itu, Sky News pada Isnin.

Wanita berusia 33 tahun itu telah disabitkan kesalahan pada Jumaat lepas.

Polis bimbang Letby juga mugkin telah ‘mencederakan’ puluhan bayi lain, lapor The Guardian, memetik sumber yang mengetahui siasatan polis. Penyiasat mengenal pasti 30 bayi yang mengalami insiden “mencurigakan” yang berlaku semasa Letby bertugas, kata sumber tersebut.

Polis juga sedang menganalisis rekod perubatan lebih daripada 4,000 bayi yang dilahirkan antara 2012 dan 2015 di Hospital Countess of Chester, serta di Hospital Wanita Liverpool, di mana bekas jururawat tersebut juga bekerja.

The Telegraph melaporkan, memetik seorang sumber kerajaan, bahawa pihak berkuasa bertekad untuk memastikan Letby hadir di mahkamah untuk mendengar hukumannya dan berhadapan dengan mangsa-mangsa jenayahnya, walaupun beliau menolak untuk berbuat demikian sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan