Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jakarta kini berdepan masalah pencemaran udara yang teruk sehingga menyebabkan warganya dijangkiti masalah penafasan. Foto TVS.

Pencemaran teruk, kakitangan kerajaan di Jakarta diarah bekerja dari rumah

ByTVS

JAKARTA, 21 Ogos: Sebanyak 50 peratus kakitangan kerajaan yang bertugas di ibu kota ini terlibat dengan polisi bekerja dari rumah bermula hari ini.

Langkah berkenaan dilaksanakan kerajaan susulan bandaraya paling padat di Asia Tenggara ini berdepan masalah pencemaran udara yang teruk.

Jakarta kini menjadi sebagai antara bandaraya yang kualiti udaranya paling tercemar di dunia.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, arahan bekerja dari rumah itu merupakan antara langkah awal yang terbaik untuk mengurangkan pencemaran.

“Ini kerana ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang memasuki ibu kota ke tempat kerja masing – masing,” katanya.

Ujar Luhut Binsar, arahan berkenaan akan berkuatkuasa sehingga kerajaan berpuas hati dengan tahap kualiti udara di Jakarta dan kawasan sekitarnya.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan supaya penduduk Jakarta menggunakan pelitup muka sekiranya melakukan aktiviti luar.

“Rakyat perlu akur dengan langkah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kesan pencemaran.

“Kita juga mahu mengelak lebih ramai dijangkiti masalah penafasan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan