Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baki seramai 60 Ketua Isi Rumah (KIR) Fasa Pertama bagi Projek Pembangunan Darul Hana akan dipindahkan ke Darul Hana pada suku pertama tahun 2024.  Foto fail: TVS

Penduduk Kampung Pulo Ulu dijangka pindah ke Darul Hana hujung tahun ini

KUCHING, 20 Ogos: Proses pemindahan penduduk Kampung Pulo Ulu ke Penempatan Projek Pembangunan Darul Hana dijangka bermula suku keempat tahun ini atau selewatnya awal tahun depan. 

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, mereka  akan dipindahkan setelah 60 unit rumah di situ siap.

Perumahan Darul Hana. Foto: TVS

“Kita berharap kontraktor dapat menyiapkan rumah berkenaan secepat mungkin.

“Keutamaan akan diberi kepada penduduk yang tinggal di kawasan kerap banjir,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata demikian ketika sesi sembang santai bersama belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan berkenaan di sini hari ini.

Terdahulu laporan media menyebut 60 unit rumah di perumahan itu direka semula kerana reka bentuknya yang berkonsepkan rumah bandar tidak dipersetujui oleh penduduk kampung.

Susulan itu konsep rumah berkenaan telah ditukar dan dibina mengikut model rumah sedia ada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan